Isnin, 30 Mac 2009

Dengar dan Fikir (67:10)

Adik,

baguslah kalau adik tahu situasi situasi tersebut ...
jadi kena ambil pengajaran supaya tak mengulangi perkara yang sama
itu semua pengalaman dakwah yg kita semua kena ambil

dan itulah risiko bila beramal
akan semakin banyak kesalahan dan kesilapan yang kita akan lakukan
baik secara terancang atau pun tidak dirancang

ditarbiah
tidak automatik menjadikan kita malaikat malaikat
yang menyampaikan wahyu tanpa salah silap
tapi tetap
selamanya kita akan menjadi manusia
yang terus terusan akan melakukan kesalahan

dan tidak salah
melakukan kesalahan

yang salah
adalah tidak mengakui kesalahan
dan berterusan dalam keadaan salah

semoga allah menunjukkan kita semua kebenaran
dan mengikutinya
dan menunjukkan kita kesalahan dan menjauhinya

adik,

saat dakwah dan tarbiah telah menjadi darah nadi dan udara nafas kita
bila kita akan berpisah dengannya?

semoga allah menguatkan hatimu
dan hati kita semua
dan hati para murabbi kita

aku masih di sini,
abang

Khamis, 19 Mac 2009

Telah terlalu lama.

Ping,
Aku sudah mengalaminya.
Aku sudah merasakannya.
(Tapi ianya sudah terlalu lama.)
(Dan aku telah kembali rindu.)


Ping,
Kamu benar.
Perasaan itu terlalu hebat.
Suasananya amat menyentuh jiwa.
Hatiku sangat tersentuh.
Jiwaku lepas ke angkasa.
Fikiranku hanya bersamaNya.


Ping,
Terima kasih.
Kamu sudah mengajar aku terlalu banyak.


Ping,
Salamku untuk semua.
Salamku untuk kamu.


Ping,
Tadi mereka mengatakan,
mereka juga merasakannya.

Ping,
Semoga ada pahala juga buat mu.
Juga buat para murabbi kita.