Selasa, 23 Februari 2010

Husnu Zon

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kita.
Bahawa Allah akan menerima semua taubat kita.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk istiqamah dalam taubat.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk memulakan langkah-langkah ketaatan.
Bahawa Allah akan menjauhkan kita dari kemaksiatan.
Bahawa Allah akan membantu kita menjauhi kemaksiatan.
Bahawa Allah akan memberikan kekuatan untuk ikhlas.
Bahawa Allah akan memberikan ganjaran syurga terbaik.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan menguatkan langkah kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita menghayati dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita membuka hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita memegang hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita membawa kesayangan kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan berbuat sebagaimana kita bersangka baik kepadaNya.

Bilakah kita akan SENTIASA bersangka baik dengan Allah?