Seorang insan, sekumpulan manusia atau Rabb yang maha Esa?
Semuanya harus kita maknai sehingga sebati dalam jiwa.
Rahmah dan berlaku adil itu budaya bersama.
Jika tidak sekarang, maka bila?
Jika tidak ke sana, lalu mahu ke mana?
10/12/2013
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Siapa yang tak berasa seronok bekerja di mehwar taksis? Aman, tiada halangan yang nyata, tiada fitnah-fitnah khariji, kita mampu bergerak ke mana-mana sahaja tanpa dipantau, tiada sangka-sangkaan orang.
Sekarang, pandangan masyarakat perlu diambil kira. Amal qawiyy & amal dhaif perlu dikaji lebih mendalam setiap masa. Tidak jumud. Tak semestinya yang dikatakan dhaif pada satu-satu masa, menjadi dhaif setiap masa. Begitu juga sebaliknya.
Perlunya ada satu kefahaman yang jelas dan pemikiran yang matang dalam meletakkan priority antara aktiviti tarbiyah dan aktiviti mengembangkan dakwah.
Kita masih lagi takwin centric. Tetapi takwin centric bukan bermaksud meletakkan SEMUA amal takrif adalah amal dhaif apabila bertembung dengan amal takwin pada setiap masa. Juga tidak bermaksud apabila sudah berlakunya perubahan mehwar, kerja-kerja takwin sudah bukan lagi priority no 1.
Kalau ingin diikutkan ke”selesa”an, pastinya ingin ku terus bergerak seperti di mehwar taksis pada setiap masa. Hampir keseluruhan masaku bergelumang dengan mereka yang menyerahkan diri pada tarbiyah. Mereka yang mudah dibentuk, takdelah macam-macam sangat kerenahnya. HuHu.
Tapi dakwah akan terus menderu laju…
Sehingga kita terpaksa berhadapan dengan perkara yang cukup melelahkan. Mencabar kemampuan kita sedia ada. Memaksa kita meningkatkan kemampuan diri untuk menanggung tanggungjawab yang semakin bertambah, medan yang semakin meluas serta mad’u yang ramai dan pelbagai.
Pastinya keputusan yang diambil telah dibincangkan setelah sekian lama. Mungkin tenaga yang ada masih tidak mencukupi pada zahirnya, tetapi ada golongan yang terpaksa berkorban menanggung bebanan lebih disebabkan tuntutan dakwah pada masa kini. Akan berlaku perahan tenaga yang berpusat pada golongan tertentu di dalam jemaah. Mungkin…
Lalu sudah menjadi tanggungjawab kita meningkatkan isti’ab kita dan binaan kita. Isti’ab nazhori, isti’ab maknawi, isti’ab amali. Kerana bebanan dakwah ini perlu dikongsi bersama, bukan ditimpakan pada golongan-golongan tertentu manakala sebahagian yang lain sekadar berbangga dengan output golongan tersebut.
Setiap dari kita perlu kreatif dalam mengaplikasikan manhaj. Bukan mengikut sahaja apa yang diterima, menunggu-nunggu arahan sebelum bertindak, tidak mampu mengeluarkan inisiatif sendiri untuk bergerak mengikut acuan jemaah.
Tidak lupa juga, jangan terlalu izzah dengan nama. Sehinggakan izzah pada nama itu mengatasi izzah kita pada islam, izzah kita pada al-Quran dan hadis sebagai petunjuk kita.
Izzahlah pada amal kita. Bukan riya’ pada manusia, tetapi sebagai bukti jelas yang ALLAH itu satu-satunya tujuan kita, Rasulullah itu qudwah ikutan kita, Al-Quran undang-undang kita, jihad adalah satu-satunya jalan kita dan syahid adalah cita-cita kita yang utama.
Jadikanlah ini semua KEWAJIBAN kita.
1) Membaca Al-Quran setiap hari (minimum 1 juz sehari)
2) Banyak membaca sirah, hadis, aqidah, fiqh dan lain-lain.
3) Jaga kesihatan.
4) Jauhi minuman dan merokok yang menjejas kesihatan.
5) Sentiasa berada dalam kebersihan.
6) Tak bercakap bohong.
7) Tak mungkir janji.
8 ) Berani.
9) Jaga kehormatan diri.
10) Bersifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11) Adil dalam semua keadaan.
12) Aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13) Miliki sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14) Mahir dan banyak membaca dan menulis.
15) Cuba untuk mempunyai perniagaan sendiri.
16) Sentiasa cuba untuk bekerja sendiri berbanding makan gaji kerajaan.
17) Cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18) Bersegera menunaikan hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19) Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20) Jauhi riba.
21) Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22) Peruntukkan duit untuk dakwah dan orang yang memerlukan.
23) Simpan duit untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24) Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya barat.
25) Jauh diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26) Dekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27) Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
28) Solat dengan sempurna, secara berjemaah di masjid.
29) Tunaikan puasa Ramadan dan haji tanpa lengah jika telah mampu.
30) Sentiasa rindu jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31) Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32) Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33) Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34) Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35) Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36) Saling berkenalan dan membantu dengan pendukung-pendukung Islam.
37) Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38) Berfikir dan berusaha menjayakan dakwah dalam masyarakat.
Justeru, amal-amal kitalah yang akan menampakkan siapa kita yang sebenarnya. Nama hanya sekadar nama. Amal yang terlebih dahulu terpampang jelas sebelum namanya.
Seorang syeikh menggambarkan kewujudan kita ini bukan sekadar mengelola aktiviti-aktiviti tertentu, ataupun memberi sumbangan tertentu kepada masyarakat dan negara. Bahkan kita adalah ruh baru yang meresap dan mengalir ke dalam tubuh umat ini…
“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!
Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw.
Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”.
Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.
[Saya ingin menulis dengan maksud yang sama. Tetapi Akh ini telah mendahului saya. Semoga Allah memberikan kami (dan kita semua) keikhlasan untuk diterima amalan kami (dan kita semua) ditulis menjadi pahala kunci masuk ke syurga. Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang akh seperti beliau. Jadi saya cilok je dari tulisan beliau. Seorang akh yg hebat ... sangat hebat ... moga terus menjadi lebih hebat ... dan melahirkan orang yg hebat-hebat. Aamiiin.]
BismiLlah;
Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita…
(alm. KH Rahmat Abdullah)
Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..
Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..
Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.
Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.
Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.
Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.
Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.
Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.
Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.
Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..
Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “
Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…
“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
sedutan dari emel seorang akh yang sangat menyintai kita semua