Isnin, 30 Jun 2008

Siapakah Rijal?

Rijal dalam bahasa melayu mungkin bermaksud lelaki.
Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud "the man".

Rijal yang dimaksudkan tidak ada kena mengena dengan jantina.
Seorang lelaki mungkin tidak boleh@layak untuk dipanggil rijal.
Seorang wanita mungkin boleh@layak untuk panggil rijal.

Rijal yang maksudkan ialah orang yang ada ciri-ciri tertentu untuk kerja-kerja tertentu.

Kerja-kerja tertentu yang dimaksudkan ialah berdakwah dan berjihad untuk menegakkan Khilafah Islamiah di dunia.
Ciri-ciri tertentu yang dimaksudkan ialah orang yang faham dan sanggup bekerja serta bekerja untuk menanggung beban dan risiko dari kerja-kerja dakwah dan jihad.

Anda mungkin pernah mendengar 10 muwasofat tarbiah dan 10 rukun baiah.
Mungkin itulah secara ringkas ciri-ciri dan kerja-kerjanya.

Ahad, 22 Jun 2008

Apa itu Qa'idah sulbah?

Qa'idah Sulbah dalam bahasa melayu mungkin bermaksud tulang belakang.
Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud "main-team".

Anda minat bola sepak?
Dalam sebuah team bola sepak ... ada team a, team b dan seterusnya.
Ada "main team", "reserve team" dan seterusnya.
Ada pemain utama, pemain simpanan, pasukan pelapis dan seterusnya.

Qa'idah Sulbah dalam dakwah adalah ibarat main-team dalam pasukan bola sepak.
Mereka adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang dalam main team untuk memenangi sebuah perlawanan dengan melaksanakan strategi yang telah dirancang.

Andai anda seorang pemain bola sepak?
Dimanakah kedudukan anda dalam pasukan tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

Adakah anda mahu@telah menyertai pasukan dakwah?
Apakah kedudukan anda dalam pasukan dakwah tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

Rabu, 11 Jun 2008

Laaa ... hadis 1 lagi ...

Memang hadis 1 dari hadis 40 sangat sinonim dengan permulaan usrah.
Hahahaa ...
Sampai ada yang bertanya ...
Tak bole ke kite mule dari hadis ke 42 je?

Berikut beberapa tips untuk membincangkan hadis 1 tersebut ...
sehingga 4 kali pertemuan pun tak cukup.

1. Cuba selidik kenapa dan bagaimana Imam Nawawi mengumpul dan menyusun ke42 hadis tersebut.
2. Cuba bincangkan sirah Saidina Umar al-Khattab dan pengajaran yang yang boleh kita ambil darinya.
3. Cuba sebutkan niat anda dapat ke program. Cuba tanya apa pula niat penganjur program tersebut.
4. Cuba kaitkan hadis 1 ini dengan hadis (La hijrata ba'dal-fathi ...) dan hadis (al-Muhajiru man haajara ma nahallahu anhu).

Selamat mencuba.

ps : Perbincangan tersebut adalah untuk mentarbiah diri kita.
Bukan untuk menghabiskan isi kandungannya.
Apatah lagi asyik dengan perbincangan tanpa ada yang hendak diamalkan.

Selasa, 3 Jun 2008

Apa khabar adik?

Ini pesan pada adik adikku yang lahir dalam keluarga dakwah.
Bahawa setelah semua itu …
Di bahu kalian terletaknya hak hak dakwah.

Hak dakwahmu …
Hak dakwah orang tua mu …
Hak dakwah dakwahmu …

Semoga Allah memudahkan kalian ...
... ketika cinta itu benar benar datang.
Semoga kalian tidak menjadi fitnah untuk dakwah itu sendiri.

Ingin aku berpesan kepadamu sebagaimana pesan Nabi Musa pada kaumnya.
"Berkata Musa: “Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, hendaklah kamu bertawakkal kepadaNya, jika aku orang Islam (patuh).” Sahut mereka: “Kami telah bertawakkal kepada Allah, Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim. Dan lepaskanlah kami dengan rahmatmu dari kaum yang kafir.”
(Yunus (10) : 84-86)

=================================================

Senyum
Senyum
Senyum

Assalamualaikum

Adik,
Hahahahahaha …
Aku lupa adik aku kini sudah semakin dewasa.
Tak aku sangka secepat itu ...
... Allah mencampakkan rasa cinta di hati adik.
Maafkan aku … selama ini, lupa bertanya tentang itu.

Adik,
Bertenanglah … jangan menggelabah …
tonjolkan ketenangan dan ke”gentleman”an adik.
(kalau perempuan ape ek ?)

Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu di hati adik.
… dan …
sejak adik sedar kehadiran cinta itu di hati adik.

Pertamanya … ucapkanlah Alhamdulillah.
Itulah fitrah yang suci yang benar ...
... yang Allah berikan pada setiap manusia.
Sekarang adik sudah merasakannya.

Wal’iyazubillah … kalau cinta itu tidak suci ...
... apatah lagi tidak benar.
Na’uzubillahi min zalik.

Adik,
Nah sekarang …. Cabaran utamanya ...
bukan bagaimana hendak menyatakan ...
... rasa cinta itu pada cinta adik.
(Kacang je tu …budak tadika pon boleh buat)

Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah itu tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik.
Pada masa yang sama …
Allah tidakkan akan meletakkan ...
... cinta yang sama pada yang bukan berhak.

Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah …
bagaimana adik meletakkan cinta itu ...
... setelah Cinta Allah dan Rasul.
Bagaimana adik mendahulukan ...
... Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu.

Adik,
Aku ingatkan …
keinginanmu,
melihat …
bercakap …
bukanlah suatu yang halal kecuali ...
... setelah terjalin ikatan yang sah antara kalian.

Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah.
Cubalah jauhi semuanya.
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul.
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul.

Adik,
Bertaqwalah kepada Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik.
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu.
Dan Allah juga berkuasa mengubah cinta itu menjadi benci.

Adik,
Ketika adik tahu cinta itu dari Allah.
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah.
Kembalikan ia kembali kepada Allah.
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu.
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu pada yang berhak.

Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir.
Bajai cinta itu dengan Quran.
Bentengi cinta itu dengan istighfar.
Semoga tumbuh pohon sakinah.
Semoga lahir buah mawaddah untuk adik dan juga cinta adik.
Semoga lahir zuriat qurrata a’yun.

Adik,
Aku ceritakan kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki.
Aku ceritakan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita.

Ketika di madinah …
Fatimah berkata kepada Ali,
“Dulu di mekah ada seorang lelaki yang aku sangat cinta padanya.”
Ali berkata kepada Fatimah,
“Lalu, apakah kau menyesal berkahwin dengan aku?”
Fatimah menjawab,
“Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau.”

Adik,
Aku ajarkan satu doa.

ALLAHUMMA INNA NAS_ALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAY_YUHIBBUKA
WA HUBBA AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.

Ya allah aku mohon cintaMu,
Dan cinta orang orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.

Allahumma innaka ta’lam tsummallahumma_ghfirr.
Wassalamualaikum warohamtullahi wabarakatuhu.

Cintaku padamu setelah cintaku pada Allah dan Rasul,
Abang

===========================================

brothers of the blood,
Kalau dah terasa sangkut dengan bukan akhawat ...
cepat-cepat bagi tau murabbi.

Kalau dah sangkut dengan akhawat ...
Lagi cepat-cepat kena bagi tau murabbi.

Heh