Khamis, 19 Disember 2013

Sampai

Sampaikan pada mereka..
Bahawa dunia masih terus menantikan mahakarya kita..
Sedangkan ummah penat disibukkan dengan masalah-masalah remeh lagi kecil..

Tanyakan pada mereka..
Tarbiah ini mahagurunya siapa..
Seorang insan, sekumpulan manusia atau Rabb yang maha Esa?
Jelasnya, tiada ruang mendabik dada, bermuram durja mahu pun menyulam sangka.
Yang wajar ada hanyalah rantaian tawadhu' , muhasabah diri dan perkongsian cinta.

Ingatkan diri mereka..
Nilaian kekuatan para pemuda diukur pada 4 sisi berbeda.
Semuanya harus kita maknai sehingga sebati dalam jiwa.
Merasa kering, sakit, kecewa dan putus asa bukanlah citra warna rijal agama.
Jika pun ada, mungkin hanya silap masing-masing dalam merasa, memandang dan menguntai kata.

Jadi, serukan pada mereka.
Bahawa jujur dan sabar itu asas agama.
Rahmah dan berlaku adil itu budaya bersama.
Keluarlah dari mimpi, mainan serta kotak kecil kita.
Jika tidak sekarang, maka bila?
Jika tidak ke sana, lalu mahu ke mana?

HR (tanpa edit)
10/12/2013

Jumaat, 18 Oktober 2013

Asbab

Maafkan kami tuan
Wayang penuh cacat cela
Nyanyian sumbang suara
Lirik puisi ayat budak tadika
Terfitnah hati tuan
Mual
Jelik
Pelik
Terhadap Islam dan sekutu-sekutunya

Begitulah kami tuan
Awal kisah
Jauh dari sempurna
Penuh nista
derhaka
dosa
di ambang neraka

Beginilah kami tuan
Manusia manusia bumi
Kudung dan tempang
Dengan penuh sedar
kadang-kadang separa sedar
mencuba untuk terbang

Disitulah kami tuan
detik demi detik
mencari sebuah alasan
untuk mencinta

Disinilah kami tuan
berusaha menghadirkan sebuah asbab
untuk DICINTA

Isnin, 18 Mac 2013

celaka II (jom naik motor)

Entah sudah berapa lama
hati hati ini keras kering
mata mata ini kering dingin
wawangian syurga sirna keharumannya
bidadari terlupakan manisnya

Ah sangat mahal tazkirah itu
hanya demi segala syurga dengan segala isi dan segala bidadarinya
kami redha


kami yang telah bersaksi
tidak perlu ke pelusuk dunia mencari kesyahidan itu
ikhlaskan hatimu ...
dan biarkan ia mendatangimu
biarkan
lapangkan hatimu
dan pasti ia akan mencarimu
pasti


benar kau yang telah bersifat benar
maka tsabatlah kami yang membenarkan

Demi Yang Telah Menamakannya
Iman ... maka imanilah
Syafiq ... maka rindulah
dengan izinNya


tetapi
izinkan kami menangis
dan kalaulah ada kesedihan
itu mengenangkan nasib kami yang masih celaka
kami yang mengajarkan
kau yang terlebih dahulu membenarkan