Khamis, 8 April 2010

Cinta Kita

Sabarlah sesaljuku
Masanya takkan selama yang engkau sangkakan
Dalam sekelipan mata dan sedhuha itu
Semuanya akan pasti berubah
Tidakkah itu janji Cinta Kita?

Sabarlah sesaljuku
Benar engkau tidak pernah redha
Dikaitan dengan apa jua jenama ciptaan nafsu manusia
Bahkan selamanya engkaulah bersama tanah bertuah itu
Telah menyambut cinta-cintaku
Berkongsi Cinta Kita dengan mereka
Agar suatu hari nanti
Mereka jugakan berbuat yang sama

Sabarlah sesaljuku
Bukan aku tidak mau
Bukan aku melupakanmu
Dan ... Alhamdulillah ...
Dengan cinta Maha Cinta
Cinta Kita telah ditemukan
Dalam suatu saat dan ketika
Yang tak pernah kita sangkakan

Sabarlah sesaljuku
Hangat engkau menyambutku
Walau hanya sebentar
Hangat juga engkau melepaskanku
Terima dan kembalilah Cinta Kita

Sabarlah sesaljuku
Teruslah turun menyucikan tanahmu
Jangan engkau pernah jemu
Semoga aku juga tidak akan pernah jemu
Demi satu Cinta Kita
Semoga cinta Cinta Kita akan terus menyintai kita

Semoga Allah akan sentiasa bersamamu
Aku tinggalkan engkau dalam cinta Allah
Kumohon ...
lepaskanlah aku dalam cintaNya jua
Sebaik baik Pencinta alam semesta
Sebaik baik Pencinta adalah ...
DIA.

Sabtu, 27 Mac 2010

Engkau Aku

Ada apa dengan pemuda itu???
Berambut panjang ???
Berseluar jeans ... bertampal ???
Berjaket kulit ???
Bertopi ... bukan kopiah ???
Berengkau dan aku ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan pemudi itu ???
Tudung apakah itu ???
Baju apakah itu ???
Seluar apakah itu ???
Dari mana perfume itu ???
Apa yg dimatanya ???
... Pipinya ???
... Bibirnya ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Lunak suaranya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan para murabbi dan murabbiah itu ?
...
BERUSRAH ?!!!
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan aku waktu itu?

Lucu ...
Sungguh lucu ...
Sungguh ...
Huhu ...

ps :
adik ...
mereka telah, sedang dan akan terus memerhati
mujahadahlah

Jumaat, 26 Mac 2010

atepxo

Iye adik ...
Indah nya kalau semua orang macam itu ...
Sangat indah ...
Teramat sangat indah.

Isnin, 22 Mac 2010

re-generasi


Assalamualaikum akhi wa ukhti

tidak ada yg lebih menggembirakan hati ini
lebih dari melihat bahawa
hati hati kalian akan bersatu

terlebih lagi
bila melihat seorang akh yang sanggup menerima
ukht yang lebih berumur
dan seorang ukht yang sanggup menerima
akh yang lebih muda

suatu sunnah
yang tidak ramai sanggup menghidupkannya
semoga kalian diberikan keikhlasan melaksanakannya
dan menjadi contoh pada yang lain

tapi tetap
iblis dan syaitan
tidak pernah lalai dan leka
untuk mengotori proses re-generasi ini

semoga allah memberikan kita
kekuatan dan pertolongan
untuk keluar dari mala petaka ini

doaku untuk kalian
yang tidak akan pernah putus
semoga ada juga ruang untukku
dalam doa doa kalian

hafizokumullah
moga allah mudahkan dan berkati

wassalamu alaikum warohamtullah

akhukum fillah
wa uhibbukum fillah,
aatdiff

# adik ...
kalian telah besar
dan aku telah semakin ...

Selasa, 23 Februari 2010

Husnu Zon

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kita.
Bahawa Allah akan menerima semua taubat kita.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk istiqamah dalam taubat.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk memulakan langkah-langkah ketaatan.
Bahawa Allah akan menjauhkan kita dari kemaksiatan.
Bahawa Allah akan membantu kita menjauhi kemaksiatan.
Bahawa Allah akan memberikan kekuatan untuk ikhlas.
Bahawa Allah akan memberikan ganjaran syurga terbaik.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan menguatkan langkah kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita menghayati dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita membuka hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita memegang hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita membawa kesayangan kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan berbuat sebagaimana kita bersangka baik kepadaNya.

Bilakah kita akan SENTIASA bersangka baik dengan Allah?

Jumaat, 15 Januari 2010

terbaca

saya baru selesai membaca
sirah seorang sahabat
Abdullah bin Amr bin Al-Asr
sangat menarik
cubalah
moga allah memberikan kekuatan
untuk melihat kebenaran kebenaran dan mengikutinya
dan melihat kebatilan kebatilan dan menghindarinya
amin

Jumaat, 4 Disember 2009

kerenah saya

satu ketika dulu
saya rasa
saya telah mengorbankan segalanya untuk dakwah
dan saya rasa itu telah mencukupi

sehinggalah ketika ini
saya merasakan dakwah meminta saya
untuk mengorbankan dakwah
untuk segalanya
bukan untuk segalanya
tapi untuk dakwah

saya sungguh merasa tidak selesa
dan saya tidak sangat tidak suka
tetapi saya harus melaluinya
walau apa pun risikonya
supaya satu hari nanti
kalau diizinkan allah
saya boleh kongsikannya
dengan adik adik saya
yang sekarang ini sedang terkorbankan hak mereka
kerana kerenah saya ini

sudikah sabar menunggu?
sudikah tumpangkan saya dalam doa anda?

terima kasih
jazakumullahu khairan katsira
saya telah banyak belajar dari anda
allahlah yang akan membalas segalanya kepada anda
moga ada tempiasnya untuk saya