Jumaat, 22 Ogos 2008

Adik ... Selamat Berjuang!!!

Assalamualaikum

Adik,
Aku telah mendengar keluhan hatimu …
Sekarang dengarlah kata-kata hatiku.

Adik,
Di kejauhan itu …
Jauh dari orang tua …
Jauh dari saudara-saudara …
Jauh dari semuanya.

Di mana tiada sesiapa yang mengenali kita …
Di mana tiada siapa yang mengganggu kita …
Di mana tiada siapa yang mahu menegur kesalahan kita …
Di mana kita sendirian menghadapi hidup dan segala ujian-ujiannya.

Aku wasiatkan pada diriku dan dirimu …
Sabda junjungan SAW :
"Bertaqwalah kepada Allah di mana jua kau berada …
Dan ikutilah perbuatan buruk (saiyiaat) dengan perbuatan baik (hasanaat),
nescaya perbuatan baik itu akan menghapuskan perbuatan buruk tersebut …
Dan bergaullah di kalangan manusia dengan pergaulan yang baik."

Adik,
Ingatlah firman Allah swt bermaksud :
“Berbekallah sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.”
Maha Benarlah Allah yang Maha Agung.

Adik,
Bertaqwalah kepada Allah …
Binalah benteng dari segala kebaikan untuk dirimu dari segala keburukan.
Laksanakanlah sekuat hatimu segala perintah Allah.
Tinggalkanlah sekuat hatimu segala larangan Allah.
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Semoga Allah meletakkan rasa bersalah di hatimu ketika berbuat salah.
Setelah itu … mohonlah keampunan dari Allah sepenuh hatimu di atas kesalahan tersebut.
Setelah itu … mohonlah pertolongan Allah sepenuh hatimu menjauhkan diri dari kembali berbuat salah.
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Jangan sekali-kali menghalalkan apa yang telah Allah haramkan.
Apatah lagi …
Jangan sekali-kali mengharamkan apa yang telah Allah halalkan.
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Ingin aku ceritakan kepadamu …
kebesaran ke ampunan Allah yang meliputi segala di langit dan di bumi.
Jangan sekali-kali ragu untuk kembali …
Kembalilah …
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Ikhlaskan kembali niatmu,
Teguhkan kembali imanmu,
Kembalikan kembali amal-amalmu,
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Setelah itu …
Ingin aku peringatkan kepadamu …
Kedahsyatan kemurkaan Allah.
Kedahsyatan siksaan Allah.
Kedahsyatan akhir hidup orang yang menzalimi dirinya sendiri.
Semoga Allah membantumu.

Adik,
Aku …
Saudara-saudaramu …
Menantimu disana.
Kembalilah …
Semoga Allah membantumu.
Semoga Allah membantumu.
Semoga Allah membantumu.
Semoga …
Semoga …
Semoga …
Amin.

Kunantimudisana,
abang

2 ulasan:

Mashizaki Keikan berkata...

ni dah lama tak update ni. kata nak ustaz nak kongsi pengalaman...

Qalam Fajr berkata...

catatan yang sarat dengan makna.. jazakallah khayr ustaz.