Selasa, 14 April 2009

Penyerahan

...

Ketika dalam perjalanan pulang dari peperangan dengan Iran, Sultan Salim membuat keputusan untuk memerangi kerajaan al-Mamalik di Mesir dan Syam pula, kerana pihak perisikan kerajaan Utsmaniyyah menemui dokumen pakatan sulit yang dimeterai di antara kerajaan al-Mamalik dengan al-Safawiyah bagi menentang kerajaan Utsmaniyyah.

Bersama dengan angkatan tenteranya, Sultan Salim menuju ke Syam dan berjaya menewaskan tentera kerajaan al-Mamalik di bandar Aleppo, Syam pada tahun 1517M (923H).

Dari sana, baginda mengutuskan beberapa pucuk surat kepada kerajaan al-Mamalik, menyeru mereka agar memelihara darah umat Islam dan menjadikan Mesir dan Syam tunduk kepada kerajaan Utsmaniyyah, demi menyekat keinginan dan ketamakan pihak Salibiyyah terhadap kawasan tersebut. Tetapi pihak kerajaan al-Mamalik telah membunuh orang-orang utusan yang dihantar selepas mereka dihina dan dipermain-mainkan. Oleh itu, peperangan mesti berlaku.

Walaupun menghadapi kesukaran menyeberangi padang pasir, di samping keadaan cuaca yang sejuk pada waktu malam dan cuaca panas pada waktu siang, namun dengan sebab ketinggian semangat angkatan tentara kerajaan Utsmaniyyah, Sultan Salim berjaya menyeberangi padang pasir tersebut dan berjaya mengalahkan angkatan tentera kerajaan al-Mamalik.

Kemenangan tersebut adalah disebabkan semangat angkatana tentera kerajaan Utsmaniyyah yang berkobar-kobar di samping kehadiran sultan sendiri di dalam peperangan tersebut serta kecanggihan teknologi dan keberkesanan perancangan strategi peperangan yang dilakukan oleh angkatan tentera kerajaan Utsmaniyyah.

Sultan Salim (918-926H/1512-1520M) kemudian memasuki bandar Kaherah dan baginda dipanggil dengan gelaran sultan dan khadam kepada dua tanah suci.

Khalifah kerajaan Abbasiyyah iaitu al-Mutawakkil ala-Allah yang sebelum ini kerajaan al-Mamalik memerintah dengan namanya sejak dua kurun yang lalu, telah menyerahkan kekuasaan khalifah kepada baginda, lalu baginda menjadi khalifah kepada umat Islam. Selepas itu, sultan-sultan dari kerajaan Utsmaniyyah terus mewarisi khilafah hinggalah ia dimansuhkan pada tahun 1924M (1353H).

Baginda juga menerima anak kunci Makkah dan Madinah.

...

Sultan Abdul Hamid II
dan Kejatuhan Khilafah Islamiah.
(Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti)
(Kajian Sejarah dan Pemikiran dari tahun 1876-1909M/1293-1327H)
Dr. Eeman Mohamed Abbas
Pustaka Salam
ms 22-23

1 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Buku yang sangaaatt tebal, namun alhamdulillah basah isinya

Baru dapat baca separuh, :P

Hebatnya peribadi beliau..