Jumaat, 23 Mei 2008

Bagaimana hendak mengajak orang berusrah?

1. Anda mesti dari kalangan orang yang berusrah.
2. Anda mesti merasai kemanisan berusrah.
3. Anda ingin berkongsi kemanisan berusrah dengan orang lain.
4. Orang yang anda ingin berkongsi kemanisan berusrah hendaklah orang yang anda sayang.
5. Anda mesti berusaha agar orang yang anda sayang itu juga menyayangi anda.
6. Pastikan bahawa orang tersebut betul betul menyayangi anda.
7. Pastikan bahawa orang tersebut mengetahui anda menyertai usrah.
8. Sediakan naqib@naqibah yang sesuai dengan keperibadian orang tersebut.
(Seelok-eloknya diri anda sendiri.))
9. Pilih waktu dan tempat yang sesuai untuk membuka tajuk menyertai usrah.
10. Berdoalah agar Allah swt memudahkan segala urusan anda.

Apa itu usrah?

Usrah adalah salah satu wasilah dari wasilah tarbiah.

Izinkan saya menganalogikan usrah dengan epal.

Epal ada pelbagai warna.
Merah dan merah muda.
Hijau dan hijau muda.
Biru dan biru muda.
Kuning dan kuning muda.

Epal juga ada pelbagai rasa.
Manis, manis banyak, manis sikit dan manis banyak sikit.
Masam, masam banyak, masam sikit dan masam banyak sikit.
Masin, masin banyak, masin sikit dan masin banyak sikit.
Pahit, pahit banyak, pahit sikit dan pahit banyak sikit.
Ada juga epal yang tak ada rasa.

Begitulah seterus.
Kita dapat melihat warna epal tersebut dan memilih warna yang kita suka.
Akan tetapi bagaimana kita hendak memilih rasa epal yang kita sukai?
Senang saja ... makanlah sendiri epal tersebut.
Tapi tentu saja ... setelah meminta izin atau membayar harga epal tersebut kepada pemiliknya.

Begitu juga usrah.
Ada pelbagai warna dan rasa.
Jadi pilihlah warna yang anda suka.
Dan ... buatlah percubaan dengan menyertainya.
Dan ... teruslah mencuba dan mencuba.
Sehinggalah anda menjumpai rasa yang anda suka.
Tapi tentu saja ... dengan penuh adab dan semangat untuk mencari kebenaran.
Dan ... sanggup menanggung risiko dari percubaan anda tersebut.

Selamat mencuba.

Kenapa dinamakan usrah?

Tarbiah bermaksud pendidikan.
Murabbi adalah pendidik.
Mutarabbi adalah anak anak didik.
Manhaj tarbiah adalah Islam.
Wasilah utama murabbi untuk mentarbiah mutarabbinya adalah usrah.

Usrah dalam bahasa arab bermaksud keluarga.
Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan anak-anak.
Ibu bapa adalah pendidik yang utama bagi anak-anak.
Ibu bapa mendidik anak-anak mereka tentang Islam.
Ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh perasaan kasih sayang.

Dulu ... para bapa (baca para sahabat) dan para ibu (baca para sahabiyah) berkahwin dan melahirkan anak serta mendidik anak anak mereka dengan didikan Islam sehingga menjadikan mereka rijal-rijal. Rijal-rijal inilah yang menjadi Qa'idah Sulbah kepada kebangkitan dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Kini ... para ibu bapa tidak lagi (kecuali yang mendapat rahmat Allah swt) dapat mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rijal-rijal tersebut. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat menjadikan diri mereka sebagai rijal. Atas pelbagai sebab dan alasan serta keadaan.

Lalu ... didatangkan para murabbi yang sedar dan bergerak serta sanggup berkorban, memberikan alternatif kepada proses pendidikan anak-anak di dalam program-program tarbiah mereka. Untuk anak-anak yang tiada ikatan darah dengan mereka, akan tetapi mempunyai ikatan yang lebih kuat dari itu, iaitu ikatan iman.

Itulah sistem usrah yang di ikat dengan ikatan iman.
Itulah sistem usrah yang berfungsi untuk mentarbiah anak-anak menjadi rijal.
Itulah sistem usrah yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang.
Itulah sistem usrah yang berfungsi sebagai alternatif kepada sistem keluarga yang asas.