Khamis, 19 Disember 2013

Sampai

Sampaikan pada mereka..
Bahawa dunia masih terus menantikan mahakarya kita..
Sedangkan ummah penat disibukkan dengan masalah-masalah remeh lagi kecil..

Tanyakan pada mereka..
Tarbiah ini mahagurunya siapa..
Seorang insan, sekumpulan manusia atau Rabb yang maha Esa?
Jelasnya, tiada ruang mendabik dada, bermuram durja mahu pun menyulam sangka.
Yang wajar ada hanyalah rantaian tawadhu' , muhasabah diri dan perkongsian cinta.

Ingatkan diri mereka..
Nilaian kekuatan para pemuda diukur pada 4 sisi berbeda.
Semuanya harus kita maknai sehingga sebati dalam jiwa.
Merasa kering, sakit, kecewa dan putus asa bukanlah citra warna rijal agama.
Jika pun ada, mungkin hanya silap masing-masing dalam merasa, memandang dan menguntai kata.

Jadi, serukan pada mereka.
Bahawa jujur dan sabar itu asas agama.
Rahmah dan berlaku adil itu budaya bersama.
Keluarlah dari mimpi, mainan serta kotak kecil kita.
Jika tidak sekarang, maka bila?
Jika tidak ke sana, lalu mahu ke mana?

HR (tanpa edit)
10/12/2013

Jumaat, 18 Oktober 2013

Asbab

Maafkan kami tuan
Wayang penuh cacat cela
Nyanyian sumbang suara
Lirik puisi ayat budak tadika
Terfitnah hati tuan
Mual
Jelik
Pelik
Terhadap Islam dan sekutu-sekutunya

Begitulah kami tuan
Awal kisah
Jauh dari sempurna
Penuh nista
derhaka
dosa
di ambang neraka

Beginilah kami tuan
Manusia manusia bumi
Kudung dan tempang
Dengan penuh sedar
kadang-kadang separa sedar
mencuba untuk terbang

Disitulah kami tuan
detik demi detik
mencari sebuah alasan
untuk mencinta

Disinilah kami tuan
berusaha menghadirkan sebuah asbab
untuk DICINTA

Isnin, 18 Mac 2013

celaka II (jom naik motor)

Entah sudah berapa lama
hati hati ini keras kering
mata mata ini kering dingin
wawangian syurga sirna keharumannya
bidadari terlupakan manisnya

Ah sangat mahal tazkirah itu
hanya demi segala syurga dengan segala isi dan segala bidadarinya
kami redha


kami yang telah bersaksi
tidak perlu ke pelusuk dunia mencari kesyahidan itu
ikhlaskan hatimu ...
dan biarkan ia mendatangimu
biarkan
lapangkan hatimu
dan pasti ia akan mencarimu
pasti


benar kau yang telah bersifat benar
maka tsabatlah kami yang membenarkan

Demi Yang Telah Menamakannya
Iman ... maka imanilah
Syafiq ... maka rindulah
dengan izinNya


tetapi
izinkan kami menangis
dan kalaulah ada kesedihan
itu mengenangkan nasib kami yang masih celaka
kami yang mengajarkan
kau yang terlebih dahulu membenarkan



Rabu, 3 Oktober 2012

CELAKA


Demi ...
entah kali keberapa
dan entah untuk kali keberapa
kalian memang celaka
itu ...
bukan malang yang malang
mengherat aku kesini
dan juga ...
bukan celaka yang celaka.
dan meninggalkan aku celaka disini

Demi ...
dan memang 
dan memang ...
akulah yang masih celaka
dalam semua kecelakaan itu
dan memang juga ...
akulah yang terus malang.
akulah yang paling celaka sekali

dan jangan ada lagi selepas ini
yang mendahului aku
bersama kecelakaan itu

Demi ...
dan kau khalid ...
dan aku ...
sangat ...
berterima kasih pada kau khalid
kau ..........................
tetapi ...
baru sekarang aku tahu kecelakaan yang kau maksudkan.
mengapa tidak kau ceritakan dari awal lagi kecelakaan ini

Demi ...
dan aku yang berikrar untuk selalu jundi
dan selalu murabbilah
aku dan kau
kita dan mereka.


Wan dan Teh,
Dalam rindu dan mimpi kalian
Mohon sedetik ...
Selawat dan salam buat Baginda
Puja puji dan cinta buat DIA.

Sabtu, 26 Jun 2010

Wasiat Jun 2010

Siapa yang tak berasa seronok bekerja di mehwar taksis? Aman, tiada halangan yang nyata, tiada fitnah-fitnah khariji, kita mampu bergerak ke mana-mana sahaja tanpa dipantau, tiada sangka-sangkaan orang.


Sekarang, pandangan masyarakat perlu diambil kira. Amal qawiyy & amal dhaif perlu dikaji lebih mendalam setiap masa. Tidak jumud. Tak semestinya yang dikatakan dhaif pada satu-satu masa, menjadi dhaif setiap masa. Begitu juga sebaliknya.


Perlunya ada satu kefahaman yang jelas dan pemikiran yang matang dalam meletakkan priority antara aktiviti tarbiyah dan aktiviti mengembangkan dakwah.


Kita masih lagi takwin centric. Tetapi takwin centric bukan bermaksud meletakkan SEMUA amal takrif adalah amal dhaif apabila bertembung dengan amal takwin pada setiap masa. Juga tidak bermaksud apabila sudah berlakunya perubahan mehwar, kerja-kerja takwin sudah bukan lagi priority no 1.


Kalau ingin diikutkan ke”selesa”an, pastinya ingin ku terus bergerak seperti di mehwar taksis pada setiap masa. Hampir keseluruhan masaku bergelumang dengan mereka yang menyerahkan diri pada tarbiyah. Mereka yang mudah dibentuk, takdelah macam-macam sangat kerenahnya. HuHu.


Tapi dakwah akan terus menderu laju…


Sehingga kita terpaksa berhadapan dengan perkara yang cukup melelahkan. Mencabar kemampuan kita sedia ada. Memaksa kita meningkatkan kemampuan diri untuk menanggung tanggungjawab yang semakin bertambah, medan yang semakin meluas serta mad’u yang ramai dan pelbagai.


Pastinya keputusan yang diambil telah dibincangkan setelah sekian lama. Mungkin tenaga yang ada masih tidak mencukupi pada zahirnya, tetapi ada golongan yang terpaksa berkorban menanggung bebanan lebih disebabkan tuntutan dakwah pada masa kini. Akan berlaku perahan tenaga yang berpusat pada golongan tertentu di dalam jemaah. Mungkin…


Lalu sudah menjadi tanggungjawab kita meningkatkan isti’ab kita dan binaan kita. Isti’ab nazhori, isti’ab maknawi, isti’ab amali. Kerana bebanan dakwah ini perlu dikongsi bersama, bukan ditimpakan pada golongan-golongan tertentu manakala sebahagian yang lain sekadar berbangga dengan output golongan tersebut.


Setiap dari kita perlu kreatif dalam mengaplikasikan manhaj. Bukan mengikut sahaja apa yang diterima, menunggu-nunggu arahan sebelum bertindak, tidak mampu mengeluarkan inisiatif sendiri untuk bergerak mengikut acuan jemaah.


Tidak lupa juga, jangan terlalu izzah dengan nama. Sehinggakan izzah pada nama itu mengatasi izzah kita pada islam, izzah kita pada al-Quran dan hadis sebagai petunjuk kita.


Izzahlah pada amal kita. Bukan riya’ pada manusia, tetapi sebagai bukti jelas yang ALLAH itu satu-satunya tujuan kita, Rasulullah itu qudwah ikutan kita, Al-Quran undang-undang kita, jihad adalah satu-satunya jalan kita dan syahid adalah cita-cita kita yang utama.


Jadikanlah ini semua KEWAJIBAN kita.


1) Membaca Al-Quran setiap hari (minimum 1 juz sehari)
2) Banyak membaca sirah, hadis, aqidah, fiqh dan lain-lain.
3) Jaga kesihatan.
4) Jauhi minuman dan merokok yang menjejas kesihatan.
5) Sentiasa berada dalam kebersihan.
6) Tak bercakap bohong.
7) Tak mungkir janji.
8 ) Berani.
9) Jaga kehormatan diri.
10) Bersifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11) Adil dalam semua keadaan.
12) Aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13) Miliki sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14) Mahir dan banyak membaca dan menulis.
15) Cuba untuk mempunyai perniagaan sendiri.
16) Sentiasa cuba untuk bekerja sendiri berbanding makan gaji kerajaan.
17) Cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18) Bersegera menunaikan hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19) Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20) Jauhi riba.
21) Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22) Peruntukkan duit untuk dakwah dan orang yang memerlukan.
23) Simpan duit untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24) Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya barat.
25) Jauh diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26) Dekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27) Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
28) Solat dengan sempurna, secara berjemaah di masjid.
29) Tunaikan puasa Ramadan dan haji tanpa lengah jika telah mampu.
30) Sentiasa rindu jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31) Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32) Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33) Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34) Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35) Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36) Saling berkenalan dan membantu dengan pendukung-pendukung Islam.
37) Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38) Berfikir dan berusaha menjayakan dakwah dalam masyarakat.


Justeru, amal-amal kitalah yang akan menampakkan siapa kita yang sebenarnya. Nama hanya sekadar nama. Amal yang terlebih dahulu terpampang jelas sebelum namanya.


Seorang syeikh menggambarkan kewujudan kita ini bukan sekadar mengelola aktiviti-aktiviti tertentu, ataupun memberi sumbangan tertentu kepada masyarakat dan negara. Bahkan kita adalah ruh baru yang meresap dan mengalir ke dalam tubuh umat ini…


“Wahai saudaraku! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran!


Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw.


Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”.


Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.



[Saya ingin menulis dengan maksud yang sama. Tetapi Akh ini telah mendahului saya. Semoga Allah memberikan kami (dan kita semua) keikhlasan untuk diterima amalan kami (dan kita semua) ditulis menjadi pahala kunci masuk ke syurga. Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang akh seperti beliau. Jadi saya cilok je dari tulisan beliau. Seorang akh yg hebat ... sangat hebat ... moga terus menjadi lebih hebat ... dan melahirkan orang yg hebat-hebat. Aamiiin.]

Khamis, 22 April 2010

Super Saiya 2

Doa pergi ke masjid

Maksudnya:

"Ya Allah,
jadikanlah pada hatiku cahaya,
pada lidahku (percakapanku) cahaya,
pada pendengaranku cahaya,
pada penglihatanku cahaya,
dari atasku cahaya,
dari bawahku cahaya,
dari kananku cahaya,
dari hadapanku cahaya
dan dari belakangku cahaya,
Jadikanlah dalam diriku cahaya,
besarkanlah cahaya bagiku
dan agungkanlah cahaya bagiku.
Jadikanlah bagiku cahaya
serta jadikanlah diriku cahaya.
Ya Allah,
berikanlah kepadaku cahaya
dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya,
dalam dagingku cahaya,
dalam darahku cahaya,
pada rambutku cahaya
dan pada kulitku cahaya".

(Bukhari dan Muslim)

Khamis, 15 April 2010

sesudu penawar

BismiLlah;


Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita…


(alm. KH Rahmat Abdullah)


Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..


Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..


Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..


Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.


Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.


Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.


Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.


Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.


Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.


Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.


Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.


Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..


Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “


Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…



“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”



sedutan dari emel seorang akh yang sangat menyintai kita semua

Khamis, 8 April 2010

Cinta Kita

Sabarlah sesaljuku
Masanya takkan selama yang engkau sangkakan
Dalam sekelipan mata dan sedhuha itu
Semuanya akan pasti berubah
Tidakkah itu janji Cinta Kita?

Sabarlah sesaljuku
Benar engkau tidak pernah redha
Dikaitan dengan apa jua jenama ciptaan nafsu manusia
Bahkan selamanya engkaulah bersama tanah bertuah itu
Telah menyambut cinta-cintaku
Berkongsi Cinta Kita dengan mereka
Agar suatu hari nanti
Mereka jugakan berbuat yang sama

Sabarlah sesaljuku
Bukan aku tidak mau
Bukan aku melupakanmu
Dan ... Alhamdulillah ...
Dengan cinta Maha Cinta
Cinta Kita telah ditemukan
Dalam suatu saat dan ketika
Yang tak pernah kita sangkakan

Sabarlah sesaljuku
Hangat engkau menyambutku
Walau hanya sebentar
Hangat juga engkau melepaskanku
Terima dan kembalilah Cinta Kita

Sabarlah sesaljuku
Teruslah turun menyucikan tanahmu
Jangan engkau pernah jemu
Semoga aku juga tidak akan pernah jemu
Demi satu Cinta Kita
Semoga cinta Cinta Kita akan terus menyintai kita

Semoga Allah akan sentiasa bersamamu
Aku tinggalkan engkau dalam cinta Allah
Kumohon ...
lepaskanlah aku dalam cintaNya jua
Sebaik baik Pencinta alam semesta
Sebaik baik Pencinta adalah ...
DIA.

Sabtu, 27 Mac 2010

Engkau Aku

Ada apa dengan pemuda itu???
Berambut panjang ???
Berseluar jeans ... bertampal ???
Berjaket kulit ???
Bertopi ... bukan kopiah ???
Berengkau dan aku ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan pemudi itu ???
Tudung apakah itu ???
Baju apakah itu ???
Seluar apakah itu ???
Dari mana perfume itu ???
Apa yg dimatanya ???
... Pipinya ???
... Bibirnya ???
Jalannya ...
Gayanya ...
Bahasanya ...
Lunak suaranya ...
Berusrah ???
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan para murabbi dan murabbiah itu ?
...
BERUSRAH ?!!!
MEMBAWA USRAH ?!!!

Ada apa dengan aku waktu itu?

Lucu ...
Sungguh lucu ...
Sungguh ...
Huhu ...

ps :
adik ...
mereka telah, sedang dan akan terus memerhati
mujahadahlah

Jumaat, 26 Mac 2010

atepxo

Iye adik ...
Indah nya kalau semua orang macam itu ...
Sangat indah ...
Teramat sangat indah.

Isnin, 22 Mac 2010

re-generasi


Assalamualaikum akhi wa ukhti

tidak ada yg lebih menggembirakan hati ini
lebih dari melihat bahawa
hati hati kalian akan bersatu

terlebih lagi
bila melihat seorang akh yang sanggup menerima
ukht yang lebih berumur
dan seorang ukht yang sanggup menerima
akh yang lebih muda

suatu sunnah
yang tidak ramai sanggup menghidupkannya
semoga kalian diberikan keikhlasan melaksanakannya
dan menjadi contoh pada yang lain

tapi tetap
iblis dan syaitan
tidak pernah lalai dan leka
untuk mengotori proses re-generasi ini

semoga allah memberikan kita
kekuatan dan pertolongan
untuk keluar dari mala petaka ini

doaku untuk kalian
yang tidak akan pernah putus
semoga ada juga ruang untukku
dalam doa doa kalian

hafizokumullah
moga allah mudahkan dan berkati

wassalamu alaikum warohamtullah

akhukum fillah
wa uhibbukum fillah,
aatdiff

# adik ...
kalian telah besar
dan aku telah semakin ...

Selasa, 23 Februari 2010

Husnu Zon

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan mengampunkan segala dosa kita.
Bahawa Allah akan menerima semua taubat kita.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk istiqamah dalam taubat.
Bahawa Allah akan membantu kita untuk memulakan langkah-langkah ketaatan.
Bahawa Allah akan menjauhkan kita dari kemaksiatan.
Bahawa Allah akan membantu kita menjauhi kemaksiatan.
Bahawa Allah akan memberikan kekuatan untuk ikhlas.
Bahawa Allah akan memberikan ganjaran syurga terbaik.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan menguatkan langkah kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita menghayati dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan membantu kita membuka hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita memegang hati hati kesayangan kita.
Bahawa Allah akan membantu kita membawa kesayangan kita dalam dakwah dan tarbiah.
Bahawa Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga.

Bilakah kali terakhir kita bersangka baik dengan Allah?

Bahawa Allah akan berbuat sebagaimana kita bersangka baik kepadaNya.

Bilakah kita akan SENTIASA bersangka baik dengan Allah?

Jumaat, 15 Januari 2010

terbaca

saya baru selesai membaca
sirah seorang sahabat
Abdullah bin Amr bin Al-Asr
sangat menarik
cubalah
moga allah memberikan kekuatan
untuk melihat kebenaran kebenaran dan mengikutinya
dan melihat kebatilan kebatilan dan menghindarinya
amin

Jumaat, 4 Disember 2009

kerenah saya

satu ketika dulu
saya rasa
saya telah mengorbankan segalanya untuk dakwah
dan saya rasa itu telah mencukupi

sehinggalah ketika ini
saya merasakan dakwah meminta saya
untuk mengorbankan dakwah
untuk segalanya
bukan untuk segalanya
tapi untuk dakwah

saya sungguh merasa tidak selesa
dan saya tidak sangat tidak suka
tetapi saya harus melaluinya
walau apa pun risikonya
supaya satu hari nanti
kalau diizinkan allah
saya boleh kongsikannya
dengan adik adik saya
yang sekarang ini sedang terkorbankan hak mereka
kerana kerenah saya ini

sudikah sabar menunggu?
sudikah tumpangkan saya dalam doa anda?

terima kasih
jazakumullahu khairan katsira
saya telah banyak belajar dari anda
allahlah yang akan membalas segalanya kepada anda
moga ada tempiasnya untuk saya

Isnin, 5 Oktober 2009

Wasiat Oktober 2009

Sebagian orang mau beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, sedang yang lain tidak mau percaya kecuali kepada hal-hal yang nampak di atas dunia. Kita tidak yakin kedua kelompok ini tidak memiliki rasa kemanusiaan dan sentuhan rasa terhadap penderitaan manusia. Tapi kepentingan peribadinya mengalahkan hal-hal yang lain. Sebagian menghendaki populariti atas jasa-jasanya menumpas kezaliman, dan sebagian lain selalu mendengki perbuatan zalim yang menyinggung kepentingan dirinya. Dua perasaan ini masih memungkinkan melahirkan perbaikan, tapi hal itu tidak lepas dari sebuah kepura-puraan.

Orang yang mengadakan perbaikan dengan maksud untuk mendapatkan populariti merasa bahawa tugasnya sudah selesai selagi nama sudah tidak disebut-sebut oleh orang banyak. Orang semacam ini menjadi hamba nafsu populariti, yang terkadang ia merasa tidak selesa untuk meminta pendapat orang banyak. Sementara mereka sendiri juga mengambil keuntungan tersendiri. Tapi keuntungan ini hanya bersifat sementara yang sebenarnya tidak layak dilakukan oleh orang-orang terhormat. Orang-orang yang berbuat seperti itu dalam lapangan politik juga banyak. Seperti itulah gambarannya.

Sedang orang yang mendengki terhadap tindakan kezaliman, berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menyingkirkan kezaliman ini. Ia dapat merasakan suatu kenikmatan yang hakiki apabila dapat menyingkirkan kezaliman dan akan tersiksa jika harus bekerjasama dengan kezaliman.

Tapi perlu dicatat bahawa kedengkian adalah bisikan perasaan yang menyimpang. Kedengkian tidak bisa dikategorikan sebagai filsafat yang benar dan dimasukkan dalam aturan yang baik.

Sebagai contohnya adalah komunisme. Ia menginginkan adanya reformasi, tapi sekaligus ia menghimpun segala kedengkian manusia, lalu dijadikanlah kayu bakar sebagai landasan suatu aturan.

Kedengkian rasial dapat diredam dengan menghilangkan kelas-kelas masyarakat, sebagai gantinya hanya ada satu kelas yang harus bekerja membanting tulang dan memerintah secara diktator, atau menurut istilah mereka disebut Proletar Diktatorisme.

Kedengkian terhadap hak milik harus diatasi dengan pencabutan hak milik peribadi secara keseluruhan.

Kedengkian terhadap orang- orang yang elit harus diatasi dengan menyamaratakan semua manusia, baik yang bekerja maupun kepada orang yang menganggur, yang menurut prinsip filsafat, hal ini dilakukan bila sudah terdesak kerana munculnya berbagai desakan.

Pesona ideologi komunisme bagi penganutnya di manapun berada bukan kerana didorong oleh kesenangan berbuat baik kepada manusia, dengan diredamnya segala bentuk kedengkian. Pengaruhnya dapat dilihat secara jelas di kalangan orang-orang yang berpijak kepada landasan komunisme.

Diktatorisme yang menguasai segala aspek kehidupan individu, dengan dalih kerana demi mengikut aturan dan dengan dalih bahawa negara lebih mengetahui kepentingan serta kebutuhan rakyat, maka sekaligus hal itu menentukan jenis pekerjaan yang harus dilakukan oleh seseorang, membatasi lingkup kerjanya dan membentuk pola fikirnya.

Diktatorisme yang ternyata tidak mampu mengatasi penyelewengan manusia, yang kemudian dinamakan diktatorisme kaum buruh, bukanlah termasuk suatu tatanan normal, yang memungkinkan memberikan jalan keluar bagi manusia yang terus berkembang secara dinamis, baik untuk zaman sekarang atau untuk selamanya nanti sepanjang perjalanan kehidupan manusia.

Belum lagi kalau dihubungkan dengan penyerapan ruh dan keterbatasannya untuk dipraktiskan dalam kehidupan manusia tentang realiti yang hanya boleh dirasakan dengan perasaan semata.

Dan ternyata sistem komunisme hanya bisa memberi kebutuhan dalam masalah makan, tempat tinggal dan kebutuhan seks atau lebih tepatnya kebutuhan-kebutuhan hewani.

Itulah di antara pengakuan orang-orang yang mengadakan perombakan kehidupan tanpa disertai keimanan yang hakiki kepada Allah dan Hari Akhirat. Hanya sebatas itulah kebaikan yang bisa diungkapkan.

Perombakan dan perbaikan yang sebenarnya memerlukan rasa kasih sayang yang tulus dan dalam.

Kasih sayang ini harus tetap terulur kepada orang-orang yang hendak diperbaiki, meskipun mereka tidak mengikutimu secara langsung dan tidak menanggapi seruanmu.

Kasih sayang harus tetap diberikan kepada seorang tiran agar ia mau menerima petunjuk. Kasih sayang harus diberikankepada orang-orang yang teraniaya agar mereka dapat terlepas dari penderitaannya.

Kasih sayang harus diberikan kepda semua orang agar keadilan milik mereka, seakan-akan keadilan itu milik masing-masing dan kebaikan juga harus menjadi milik mereka.

Kasih sayang sesama manusia ini harus didasarkan pada hubungan kecintaan dan saling tolong menolong, bukan pada pertentangan dan saling membenci.

Kejayaan suatu dakwah dan efisiensinya bagi kehidupan manusia tergantung pada keikhlasan kasih sayang ini, sejauh mana keikhlasannya mengemban penderitaan untuk mewujudkan kasih sayang itu, bukan kedengkian terhadap tindakan kejelekan.

Maka dari itu para nabi adalah pemimpin-pemimpin besar dan risalah mereka tertanam didalam jiwa setiap orang. Mereka membacakan risalah itu kepada setiap orang yang dijumpainya, dengan menunjukkan keimanan yang murni. Tak seorang pun yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kiamat mampu berbuat seperti itu.

Seandainya kita membuang sikap kepura-puraan mencari populariti dan kedengkian individual, maka apakah yang mendorong manusia untuk mengadakan perbaikan?

Buat apa seseorang berpayah-payah padahal ia tidak memperoleh manfaat dan hasil?

Lalu apakah yang membujuk mereka mau mengemban penderitaan dan siksa?

Atau siapakah yang telah membujuk mereka untuk mengikuti suatu seruan, padahal mereka mengetahui secara pasti bahwa seruan itu sama sekali tidak memberi hasil kepada generasi manusia yang hidup pada waktu itu?

Adakah yang mendorong mereka berbuat seperti itu selain dari kecintaan tulus kepada Allah, mengharapkan keridhaanNya dan percaya pada pahala yang bekal diberikan kepada orang-orang yang berbuat baik?

Hanya seruan seperti inilah yang dapat menghasilkan kebaikan, hingga dapat mengalahkan keburukan serta melempangkan penyimpangan di kalangan manusia.

Ada pula di antara manusia yang menghendaki akidah saja tanpa beban tugas. Itulah akidah negatif yang hanya tersembunyi di dalam hati, tidak mempunyai pengaruh yang jelas dalam kehidupan sehari-hari.

Lalu apakah nilai akidah seperti ini? Apa yang dapat dipetik manusia bila ia memeluknya?

...

Misi kemanusiaan tidak akan gentar meskipun berjuta-juta manusia berbuat menyeleweng, sementara orang yang benar hanya berjumlah ratusan atau ribuan. Kelompok kedua ini harus tetap berjuang dengan bersungguh-sungguh dan tetap harus mempunyai kendali.

Integriti Individu dan Sosial (Mei 1991),

ms 41-44,

Muhammad Qutb,

Pustaka Mantiq.

Khamis, 3 September 2009

rasa hati

saya membaca entry entry di blog adik adik saya
saya membaca dan mereka memulakannya dengan bismillah
hati saya terasa sangat dekat dengan mereka
kami baru berjumpa dan baru berpisah
masih di dalam bulan ramadhan
entah akan bertemu kembali di ramadhan akan datang
entah akan bertemu kembali di syurga
entah di mana mana

Isnin, 8 Jun 2009

SAYA

Assalamualaikum

Saya selalu ingin membalas setiap ulasan semua.
Tetapi saya tidak yakin saya dapat membalas semuanya.
Lalu akan ada yang terasa.
Jadi saya harap cara ini dalam menampung kekurang diri saya.

Saya sangat sangat sangat hargai ulasan semua.
Dan memang saya menulis untuk semua.
Seadil mungkin.
Sedekat mungkin.
Saya akan mencuba menyusun rasa hati saya untuk semua.
Dan doakan saya untuk terus mencuba.
Dan silakan dikongsi segalanya untuk semua.

Andai semua tahu maksud disebalik nama saya.
Semua tentu dapat menilai siapa saya.
Saya seorang yang tidak lebih dari maksud nama saya.

MAAF KALAU TULISAN SAYA BERCELARU.
IANYA HASIL DARI RASA HATI SAYA KETIKA INI.
SAYA CUMA INGIN MENGUCAPKAN,
TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERIKAN ULASAN,
DAN MEMINTA IZIN MENCOPY DAN SEBAGAINYA.
DAN SAYA INGIN MEMINTA MAAF
KERANA TIDAK MEMBALAS SETIAP ULASAN TERSEBUT.

SAYA TIDAK BERJANJI.
TAPI JAUH DISUDUT HATI ...
SAYA MENYIMPAN AZAM
UNTUK AKAN MEMBALAS SETIAP ULASAN SEMUA.
CUMA SAYA TIDAK PASTI UNTUK APA?
BUKAN KERANA TIADA CINTA.
TAPI KERANA SAYA TERLALU CINTA.
ENTAH.

Saya,
Aatdiff

Rabu, 3 Jun 2009

Doa untuk Adik

Mau apa KAU?
KAU cipta segalanya untuk mereka.
KAU ciptakan mereka.
Dan ...
KAU cipta cinta.
KAU berikan pada mereka.
Lalu ...
KAU jadikan ianya apa?

Andai benar ...
Akan KAU paksakan segalanya untuk kehendak KAU.
Aku mohon ...
Paksakan juga ...
Untuk mereka ...
Walau sekadar ...
Boleh berkata ...
"Aku redha ...
... KAU Tuhanku.
... Islam cara hidupku.
... Muhammad Rasul dan Nabiku."


Apa lagi yang KAU mau?

Selasa, 2 Jun 2009

Jeritan

Malaysia Tanah Airku
Alam Raya Muslim Jepun
Adik adik Korea
Sesalju putih Rusia
Penyabar penyabar Mesir
Para Tetangga Indonesia
Masjid masjid Berlin
Pepasir tabah Jordan
Tuan rumah UK
Pantai pantai Nice
Taman taman Besancon
Warsaw yang pemaaf
Peparit Toulouse
Hotel hotel Paris
Lorong lorong Tours
Hutan hutan peramah Czech

Adik,
Aku tidak lupa,
Aku berdoa supaya takkan lupa.

Adik,
Masihkah terasa?
Masihkah dirasa?
Apakah yang dirasa?

Adik,
Aku masih disini.

Hampir sama - JZKK

dari mutarabbi..kepada mutarabbi..

a’uzubillahiminassyaitonirrajim..
bismillahirrahmanirrahim..

dengan namaNya,
ar-Rahman..ar-Rahim..
ar-Rahman atas segalanya
ar-Rahim atas segalanya..

adunan rasa yang disimpan,
jauh di sudut yang paling dalam
buat jiwa-jiwa..yang berjiwa mutarabbi..
meski sudah jauh berjalan
jiwanya masih jiwa mutarabbi
mengharap sayang sang murabbi
mengharap kasih sang murabbi

wahai ‘abidurrahman..
dalam hatimu itu ada rasa sayang
dalam hatimu itu ada rasa kasih
sayang bukan sebarang sayang
kasih bukan sebarang kasih

cuma..cuma..
ingin kuingatkan..
diriku dan kalian
murabbi itu bukan malaikat
murabbi itu bukan nabi yang maksum,

cuma..cuma..
murabbi itu cuma seorang manusia,
yang dengan sedayanya mencuba
menjadikan nabi itu qudwah terbaik dalam hidupnya

dan kenapa, duhai pemilik hati ‘abidurrahman
perlu kalian mengeluh, berkeluh kesah
resah menanti murabbi sepertinya malaikat
menunggu murabbi sepertinya nabi
tanpa ada cacat walau sedikit

benar..benar..
benar murabbi itu seorang pemimpin
benar murabbi itu seorang guru
benar murabbi itu seorang teman
benar, seharusnya begitu

tapi..
ingin diingatkan,
diriku dan kalian..
kita merancang,
Allah jua merancang,
dan Dia adalah sebaik-baik perancang..

sabar..sabar..sabar duhai pemilik hati ‘abidurrahman..
tarbiyah itu dari Allah..

ada harinya tarbiyah itu lewat sang murabbi..
ada harinya tarbiyah itu lewat sang mutarabbi..
ada harinya tarbiyah itu, lewat diri kita sendiri…
tapi datangnya sama, dari Allah..

kenapa harus ada masa berhenti?
kenapa harus ada masa berhenti dari tarbiyah ini?
kenapa..?

yang miliki hatimu itu dirimu sendiri
yang miliki jiwamu itu jiwamu sendiri
yang miliki imanmu itu imanmu sendiri

Allah kan ada..
Allah ada..
Allah..

duhai pemilik hati ‘abidurrahman..
ku katakan begini,
untuk kalian yang memiliki jiwa mutarabbi
untuk diriku yang jua seorang mutarabbi
dan murabbi kita..jua seorang mutarabbi..
sampai..
murabbi teragung..

tidak rindukah kita pada baginda?

murabbi kepada murabbi teragung..?
DIA pemilik nyawa kita..
DIA pemilik hati kita..
DIA pemilik iman kita..
kembali pada asalnya diri.

jadi kenapa harus lari?

[http://wannazihah.wanmohamed.net/2009/05/30/dari-mutarabbikepada-mutarabbi/]