Ahad, 22 Jun 2008

Apa itu Qa'idah sulbah?

Qa'idah Sulbah dalam bahasa melayu mungkin bermaksud tulang belakang.
Dalam bahasa inggeris mungkin bermaksud "main-team".

Anda minat bola sepak?
Dalam sebuah team bola sepak ... ada team a, team b dan seterusnya.
Ada "main team", "reserve team" dan seterusnya.
Ada pemain utama, pemain simpanan, pasukan pelapis dan seterusnya.

Qa'idah Sulbah dalam dakwah adalah ibarat main-team dalam pasukan bola sepak.
Mereka adalah orang-orang yang menjadi tulang belakang dalam main team untuk memenangi sebuah perlawanan dengan melaksanakan strategi yang telah dirancang.

Andai anda seorang pemain bola sepak?
Dimanakah kedudukan anda dalam pasukan tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

Adakah anda mahu@telah menyertai pasukan dakwah?
Apakah kedudukan anda dalam pasukan dakwah tersebut?
Apakah peranan anda dalam pasukan tersebut?

Tiada ulasan: