Ramaikah yang menunggu?
Saya hanya mampu meminta maaf untuk tidak melakukannya.
Keadaan di sekeliling saya tidak mengizinkan saya berbuat demikian.
Antaran penyebabnya ...
ia akan sangat-sangat menyakiti hati orang yang saya sangat sayang.
Orang yang menyayangi saya lebih dari saya menyayanginya.
Ketika ini ...
tiada apa-apa amalan yang saya boleh andalkan andai berada di hadapan Allah.
Harapan saya ...
tinggallah untuk "tidak beramal".
Semoga dengan "tidak beramal" tersebut menjadi syafaat untuk saya ketika bertemu dengan Allah.
Syafaat dari Sabda Nabi saw :
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik atau hendaklah dia diam."
Pesimis ... mungkin benar.
Tapi ... mudah-mudahan tidak untuk dalam waktu yang lama.
Doanya ... saya mohon.
Jazakumullahu khairan katsira.
1 ulasan:
-Terdiam-
Tidak memahami apa yang cuba disampaikn...
Mungkin memetik perlakuan rasuluLlah
Kata-kata RasuluLlah adalah sunnah
Diam RasuluLlah juga adalah sunnah
Sahabat2 RasuluLlah juga adalah sunnah,
Kerana tidak mungkin Ar-Rasul membiarkan sahabat2 baginda dalam kesesatan
Namun, ana masih tertanya2... Apa yang cuba disampikan?
Apa mesejya?
Sukar nak berdakwah?
Ada masalah yang menghalangnya?
Paling tidak ana ada pengajaran untuk semua... Jangan senang hati berada dalam kelapangan masa...
Gunakan ia sepenhnya utk amal..
Kerana kita tidak akan pernah tahu, bila kita tidak akan mampu beramal lagi..........
Catat Ulasan